Copyright © 2007 WorldWellness Network Sdn. Bhd. - All Rights Reserved. -
No 16 Jalan Othman , 46000 Petaling Jaya, Selangor.
Tel : 03-77887791 / 77813644
Fax : 03-77887792
- Terms & Conditions - Privacy Policy -
 
 
   
  (Diambil daripada "INSIDE THE HUMAN BODY" - artikel majalah terbitan Bright Star Publishing, London)
 
   
  Asma adalah merupakan satu penyakit kronik kalangan kanak-kanak. Ia membawa kesan kepada lubang udara di dalam jantung (trakea dan bronkus) yang menyebabkan gangguan penafasan. Ciri-ciri utama asma adalah radang dan hipersensitiviti kepada ruang udara.
   
  Radang membawa kepada pembengkakkan trakea dan bronkus dan sekaligus menyebabkan penghasilan mukus yang banyak dan mengecilkan ruang udara. Hipersensitiviti pula menyebabkan trakea dan bronkus memberi respon mengecil apabila terkena pelbagai jenis rangsangan, termasuk kegatalan, udara sejuk, jangkitan ataupun alahan terhadap sesuatu benda.
   
  Asma bukanlah satu penyakit keturunan tetapi mempunyai komponen genetik yang sangat kuat, contoh sekiranya ada sejarah dalam keluarga yang mempunyai asma, atau berkait dengan pelbagai jenis alergik seperti ekzema, alergik kepada debunga ataupun debu, maka kemungkinan besar anak kepada individu itu juga akan mengalami perkara yang sama.
   
  Asma menyebabkan satu perasaan takut kepada kanak-kanak tersebut, takut akan diserang balik, aktivit normal terbatas, merasakan diri berbeza daripada kanak-kanak yang lain dan juga perlu mengambil ubat-ubatan bagi jangka masa yang panjang. Walaupun penyakit ini adalah kronik, penjagaan dalam jangka masa yang lama boleh mengawal penyakit itu dan mengurangkan kekerapan ia menyerang.