| |
|
| |
PENGENALAN
MENGENAI PENGASAS DAN PENGERUSI EKSEKUTIF : |
| DR.NOORDIN
DARUS |
| |
|
| |
Ada
pepatah yang mengatakan "Seseorang itu tidak boleh memilih
situasi yang diingininya, tetapi dia boleh memilih untuk
berfikir, dan secara tidak langsungnya dapat mewujudkan
situasi yang diinginkan". Pepatah ini cukup bermakna bagi
DR. NOORDIN DARUS dan ia memahaminya dengan sangat mendalam
sekali. |
| |
|
| |
Sebagai
pengasas kepada WORLDWELLNESS NETWORK Sdn. Bhd (WorldWellness),
beliau berdedikasi untuk membawa kesejahteraan/kesihatan
kepada masyarakat melalui produk "YIN dan YANG", program-program
kesihatan dan peluang perniagaan. Beliau bukan sahaja
yang pertama di Asia yang memperjuangkan kesejahteraan,
beliau juga adalah pengasas dan konsultan kepada beberapa
program kesihatan seperti "SIHAT SEPANJANG HAYAT" dan
"LANGSING SEPANJANG HAYAT". Beliau juga merupakan pengarang
kepada beberapa buah buku seperti "MUTIARA ILMU HIDUP
SIHAT SEJAHTERA, "WELL FOR LIFE" dan "AIR OH AIR". |
| |
|
| |
Pendekatan
beliau didalam mencegah penggunaan ubat-ubatan dan cara
pemikiran yang baru mengenai cara pengurusan diri dari
segi rohani dan fizikal telah membuatkan beliau sentiasa
diburu sebagai pensyarah, penasihat dan penceramah jemputan.
Tidak dilupakan beliau juga seorang usahawan yang berjaya.
|
| |
|
| |
Tetapi
tidak semuanya berjalan dengan lancar pada awal-awal permulaan
untuk DR.NOORDIN DARUS. Secara jujurnya, perjalanan beliau
dipenuhi dengan pelbagai cabaran, salah satu diantaranya
yang benar-benar menduga beliau adalah apabila beliau
telah disahkan menghidap kanser. Keinginan beliau untuk
mewujudkan masyarakat yang sihat dan sejahtera dengan
cara mencegah penggunaan ubat telah diduga apabila pada
tahun 2001, beliau sendiri telah disahkan menghidap kanser
darah. |
| |
|
| |
Apabila
kebenarannya telah terbukti, tidak dinafikan beliau sangat
terkejut, risau dan takut. "Ketika semua orang sedang
tidur, saya masih lagi berjaga sehingga ke pagi memikirkan
berita yang disampaikan kepada saya tengah hari tadi yang
telah merubah segala-galanya". Buat pertama kali dalam
hidup saya, saya berdoa kepada Tuhan supaya memakbulkan
permintaan saya untuk diberi peluang hidup sekali lagi. |
| |
|
| |
| Ianya
seperti satu keajaiban. Tetapi ia lebih disebabkan oleh
keinginan yang sangat kuat iaitu hidup lebih lama. Disebalik
ketenangan, kelembutan dan sifat rendah dirinya, beliau
adalah seorang pejuang. "Pemberontakkan dalam cara yang
positif", ujar beliau. Sifat positif itu wujud sejak dari
zaman kanak-kanaknya disebabkan oleh pengalaman pahit
yang datang daripada keluarga berpecah-belah. |
| |
| |
"Ketika
saya berumur 3 setengah tahun, kedua ibu bapa saya telah
menyerahkan saya kepada datuk dan nenek saya", ujar budak
kampung, yang berasal dari Kubang Semang, berdekatan dengan
Bukit Mertajam di Pulau Pinang. "Ianya mengelirukan saya
tetapi lama-kelamaan saya dapat membiasakan diri seperti
kanak-kanak yang lain". |
| |
|
| |
Jauh
dilubuk hati, ianya bukanlah sesuatu yang mudah buat NOORDIN
yang masih kecil. Beliau sangat keliru dan marah. "Saya
terpaksa berpura-pura bahawa saya menyukai ibu bapa saya
ketika kami berjumpa dibeberapa acara. Sementara itu datuk
dan nenek saya tidak memahami kenapa saya sangat berat
hati untuk berjumpa dengan mereka", terang DR.NOORDIN. |
| |
|
| |
Semakin
beliau membesar, sifat memberontak dan menentang itu membawa
kepada sesuatu yang positif. "Saya tidak mahu menjadi
seperti pelajar-pelajar yang lain dan saya menyertai pelbagai
jenis kelab, persatuan dan juga mengambil bahagian di
dalam sukan walaupun saya tahu saya tidak berapa mahir
didalam sesetengah acara sukan itu", ujar beliau. Secara
kebetulan beliau telah menjadi ketua didalam sesetengah
kelab yang beliau sertai. Selain itu, beliau juga mampu
bersaing dari segi akademik dengan pelajar Cina didalam
kelasnya. "Ini kerana rakan-rakan saya telah memberitahu
saya bahawa saya tidak mampu untuk mengalahkan rakan-rakan
Cina didalam kelas saya," ujar beliau ketika mengenang
kembali cabaran yang telah diberi. |
| |
|
| |
Oleh
itu beliau telah merancang strategi dengan menggunakan
gambarajah peta minda, kad memori, 'wall reminders', gambar
visual tanpa menyedari betapa berkesannya teknik-teknik
ini. "Saya telah mewujudkan teknik sendiri dimana ketika
itu tiada Stephen Covey atau Tony Buzan untuk membantu
saya ", ujar beliau. Pada tahun itu dia berjaya mendapat
tempat pertama. |
| |
|
| |
Untuk
menjadi lain daripada yang lain, beliau telah menceburkan
diri di dalam bidang Seni walaupun ketika itu beliau berada
didalam aliran Sains, "Saya telah menyertai kelas seni
dan sekaligus menyertai pertandingan lukisan. Saya menghargai
masa ketika saya menyertai pertandingan melukis di tahap
negeri, dimana saya telah melukis gambar Perdana Menteri.
Dengan hanya menggunakan dakwat Cina dan melukiskan lakaran
garisan tiga orang Perdana Menteri terdahulu, saya menyerahkan
hasil kerja saya pada hari terakhir pertandingan itu dan
saya menang!" Beliau juga telah menewaskan beberapa pelukis
terkenal Pulau Pinang. |
| |
|
| |
Sehingga
ke hari ini beliau masih gemar melukis (walaupun pada
masa yang sama beliau bermain golf) dan hasil lukisannya
menghiasi dinding dirumahnya. "Saya sentiasa ingin menyertai
apa-apa pun walaupun saya tahu saya tidak begitu mahir
atau tidak mempunyai bakat," ujar beliau sambil mengatakan
bahawa cara beliau berbeza daripada yang lain. Bukti menunjukkan
bahawa impak yang kuat terhadap seseorang itu apabila
ditinggalkan sejak kecil lagi akan mengubah dirinya ke
arah kebaikan. Walau bagaimanapun, arwah datuk dan nenek
beliau telah memainkan peranan yang penting didalam membentuk
beliau menjadi seorang kanak-kanak yang lebih daripada
biasa. |
| |
|
| |
Beberapa
tahun kemudian beliau tamat pengajian di Universiti Malaya
dan beliau melanjutkan pelajaran di London sebagai Pakar
di dalam bidang Perubatan Sukan. Beliau juga pernah berkhidmat
sebagai Pengarah Sains Sukan dan Perubatan di Majlis Sukan
Negara Malaysia. Beliau juga merupakan bekas Presiden
Persatuan Sukan Perubatan Malaysia. Sepanjang karier beliau,
beliau menyedari bahawa kerjaya beliau merupakan "JALAN
MATI" dan beliau mengambil keputusan untuk berhenti dan
memulakan kerjaya atas usaha sendiri. |
| |
|
| |
"Saya
telah memulakan satu program yang dinamakan Fitness 2020
dimana ia menekankan kecergasan didalam badan korporat
tetapi ia sukar untuk dijual. Ia mengambil saya masa selama
sembilan bulan sebelum saya mendapat tawaran kerja yang
pertama. Di dalam keadaan terdesak saya merelakan program
saya dibeli oleh badan kerajaan dan saya sebagai konsultannya",
beliau berkata. Tetapi kemudian beliau mula menyedari
bahawa beliau tidak selesa bekerja dibawah pengawasan
pihak tertentu. Program beliau kemudiannya diambil alih
oleh mereka di dalam satu kes mahkamah. |
| |
|
| |
"Saya
meneruskan kerjaya saya sebagai usahawan dan berjanji
tidak mahu bekerja untuk sesiapa lagi," kenang beliau.
Tetapi perjalanan beliau masih lagi gelap. Sekali lagi
beliau telah ditimpa musibah didalam perniagaan. Ia merupakan
suatu masa yang sangat tertekan dalam hidup DR.NOORDIN
DARUS. Di dalam banyak-banyak perniagaan yang beliau ada,
hanya WORLDWELLNESS NETWORK yang masih berdiri kukuh. |
| |
|
| |
"Saya sudah bersedia untuk memasuki satu fasa baru bersama-sama
WORLDWELLNESS NETWORK sehinggalah sampai satu hari dimana
hidup saya seakan-akan musnah", ujar beliau ketika mengenang
kembali zaman beliau ditimpa penyakit kanser. Bertempur
untuk hidup merupakan satu perjalanan yang sangat panjang,
perit dan amat sukar, tetapi Dr.Noordin telah berjaya
mengatasi masalah ini. Beliau mengenang kembali apa yang
beliau katakan kepada diri sendiri pada masa yang mencabar
itu "Saya sudah bersedia untuk menghadapi segala cabaran
didalam kehidupan ini dan kehidupan selepasnya. Terima
kasih kepada Tuhan kerana telah memberi saya satu undangan
untuk ke syurga." Tetapi belum sampai masanya lagi untuk
beliau pergi. |
| |
|
| |
Selepas
mengharungi segala cabaran, DR. NOORDIN telah berjaya
mengatasinya dan telah belajar pelbagai perkara sepanjang
kehidupannya. Tetapi perkara ajaib boleh terjadi kerana
beliau sentiasa berfikiran positif. "Selepas semua yang
terjadi saya telah sampai ke satu tahap dimana saya ingin
meninggalkan sedikit cebisan hidup saya untuk dijadikan
sebagai iktibar walaupun hanya sedikit." |
| |
|
| |
"Jika
anda fikir kesihatan itu mahal, cubalah kesakitan" -
DR. NOODIN DARUS
|
| |
|